Tuesday, January 18, 2011
Pengembaraan Hulu Langat
Tepat pada tarikh 16 Januari 2011, sekumpulan remaja yang tidak mempunyai arah tuju pada hari itu memulakan langkah berani,berahi dan bernas untuk melakukan pengembaraan ke hulu langat, atau lebih berketepatan sekali; Air Terjun Sungai Gabai.
Remaja yang terdiri dari aku,Ainul,Muaz,Eppy,Kamal dan seangkatan denganya mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke destinasi. Aku sebagai orang selangor ditauliahkan untuk lead pengembaraan ni, mula2 aku confident bawak kereta ke mrr2,sampai je kat persimpangan aku confuse lalu tersesat,tesilap simpang la dan bermacam2 lagi,eppy yang follow kat belakang berkemungkinan mengeluarkan kata2 kesat kat aku..(tgk jela gambar kat bwh ni; muka confident dan makmur padahal tak tau jalan)
Hampir 2km untuk sampai ke destinasi,kami melalui jalan yang penuh berliku dan berlubang dalam hampir sepanjang jalan, aku dengan penuh yakin mengarahkan sang kancil meneruskan perjalanan 4WD pertamanya,dan akhirnya sang kancil berjaya,tuan beliau sungguh berbangga dengannya.
Pabila sampai di air terjun,aku tak sabar2 nak terjun di air terjun..untuk masuk ke dalam air aku mengambil masa kira2 15 minit,sejuk gile bab weh..aku bawak ainul meniti batu2 yang merbahaya dan berjaya jua berendam ke dalam air..
Kami pun berenang,terapung,dan mengajar ainul utk berenang,mengelintin ngn muaz,eppy n kamal selama 3 jam,style beb berendam dlm air sejuk lama2..selama 3 jam yang diluangkan dalam air,aku dapat melihat manusia-manusia bersuka ria sambil merosakkan eko-sistem dan alam sekitar..apo bincek eh mandi sungai siap nak shampoo rambut,sabun badan la,makan minum dalam sungai,end up sampah dibuang dibiarkan sebegitu saja utk dihanyutkan oleh arus sungai..tolonglah wahai si polan dan polina,jaga lah alam sekitar kita untuk generasi akan datang,kalau nak shampoo dan sabun badan tu baik korang mandi kat umah,apo la dungu benar,.kepada pihak berkuasa sila ambil tindakan untuk melarang perbuatan terkutuk ini,rosak sungai weh..
Kesedaran ini harus dipupuk mulai sekarang jika tidak mahu anak dan cucu kita mandi air longkang je instead of air terjun yang jernih suci..tu tak termasuk ade yang tercirit dalam air,geli lak aih..
Save the Enviroment, Save the Planet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment