Tuesday, January 25, 2011

Penyeksaan Puspakom




Puspakom..

kau lah penyebab jalan depan rumah aku jam,
kau lah penyebab aku datang class lambat,
kau lah penyebab aku kena bangun awal,
kau lah penyebab aku mencarut tanpa henti,
kau lah segalanya untuk ku.

Puspakom..

kenapa kau perlu ada dekat dengan rumah ku?
kenapa kau perlu buatkan lori beratur panjang?
kenapa kau perlu menguji kesabaran ku?
kenapa kau perlu wujud di dalam hidup ku?
kenapa kau perlu buatkan ku memaki mu..

mcm ni la keadaan jalan semasa nak ke class



tensen betol aku dengan jalan jam ni,sume sebab Puspakom "kesayangan" aku yang terletak hanya 300 meter dari rumah aku dan menyebabkan kesesakan sehingga 1 kilometer..Tok Puspa(name samaran "puspakom" yang diberi),tolong la pergi buat bisnes jauh2 sikit,ni tak,Tok nak jugak buat dekat dengan rumah saya..kenape tok?ape salah saya tok buat saya camni..kalo saya lambat pergi class lecturer ado kesah pasal masalah saya ni?..sentap hati mak kalo camni hari2..tolong lah Tok Puspa,jangan lah buatkan saya topup credit dalam account Dosa saya hari2,saya tak sanggup Tok Puspa..



tengok la muke Tok Puspa kita..suke ko ye..lempanag kang


diharap Tok Puspa sedar atas kesalahan tok selama ini yang menyusahkan saya secara "makmur" dan "harmoni" itu ye..dah tak sanggup den do nak tempuh jam hari2,raso nak nek beskal yo poei class,nasib baik da tak larat nak mengayuh,kalo x namo den da tukar jadi anuar manan da..eiii,geram nyo den!!

den goram..
den goram..
den goram..

Tuesday, January 18, 2011

Pengembaraan Hulu Langat




Tepat pada tarikh 16 Januari 2011, sekumpulan remaja yang tidak mempunyai arah tuju pada hari itu memulakan langkah berani,berahi dan bernas untuk melakukan pengembaraan ke hulu langat, atau lebih berketepatan sekali; Air Terjun Sungai Gabai.


Remaja yang terdiri dari aku,Ainul,Muaz,Eppy,Kamal dan seangkatan denganya mengambil masa selama 1 jam untuk sampai ke destinasi. Aku sebagai orang selangor ditauliahkan untuk lead pengembaraan ni, mula2 aku confident bawak kereta ke mrr2,sampai je kat persimpangan aku confuse lalu tersesat,tesilap simpang la dan bermacam2 lagi,eppy yang follow kat belakang berkemungkinan mengeluarkan kata2 kesat kat aku..(tgk jela gambar kat bwh ni; muka confident dan makmur padahal tak tau jalan)




Hampir 2km untuk sampai ke destinasi,kami melalui jalan yang penuh berliku dan berlubang dalam hampir sepanjang jalan, aku dengan penuh yakin mengarahkan sang kancil meneruskan perjalanan 4WD pertamanya,dan akhirnya sang kancil berjaya,tuan beliau sungguh berbangga dengannya.


Pabila sampai di air terjun,aku tak sabar2 nak terjun di air terjun..untuk masuk ke dalam air aku mengambil masa kira2 15 minit,sejuk gile bab weh..aku bawak ainul meniti batu2 yang merbahaya dan berjaya jua berendam ke dalam air..







Kami pun berenang,terapung,dan mengajar ainul utk berenang,mengelintin ngn muaz,eppy n kamal selama 3 jam,style beb berendam dlm air sejuk lama2..selama 3 jam yang diluangkan dalam air,aku dapat melihat manusia-manusia bersuka ria sambil merosakkan eko-sistem dan alam sekitar..apo bincek eh mandi sungai siap nak shampoo rambut,sabun badan la,makan minum dalam sungai,end up sampah dibuang dibiarkan sebegitu saja utk dihanyutkan oleh arus sungai..tolonglah wahai si polan dan polina,jaga lah alam sekitar kita untuk generasi akan datang,kalau nak shampoo dan sabun badan tu baik korang mandi kat umah,apo la dungu benar,.kepada pihak berkuasa sila ambil tindakan untuk melarang perbuatan terkutuk ini,rosak sungai weh..

Kesedaran ini harus dipupuk mulai sekarang jika tidak mahu anak dan cucu kita mandi air longkang je instead of air terjun yang jernih suci..tu tak termasuk ade yang tercirit dalam air,geli lak aih..




Save the Enviroment, Save the Planet

Sunday, January 9, 2011

Rintihan Seorang Pali

Setelah sekian lama, baru la aku dapat retrieve balik password dan username utk Nukilan M.S.Norjan ni.


Kini diri aku telah dapat menjadi sebagai siswa universiti,dulu bile dengar orang masuk U sini, U sane, dan org tanye kat aku 'U kat mane?'..aku menjawap KPMIM dengan penuh gah dan bongkak sekali dan explain ape fungsi, visi, misi dan objective KPMIM kpd si polan2 yg nak tahu tu *cerita letup dan bajet best la kiranya..Tapi sekarang aku da merasa masuk univeristi, lepas jejak je kaki hati kecil aku terus berkata "erm..xde best mane pun,xrase ape pun masuk U ni"..ya,percaya atau tidak,aku masih suke life kat KPMIM dulu,i admit it now..dan aku semakin malas sejak menjadi siswa Univeristas Ethnocentrism ni,mau x nye, nak pegi class je kena tempuh jam, culture shock gak aku mase mula2 dulu, maklum lah mase kpmim dulu mane celahnye nak jam..



Life di Shah Haremm ni sungguh hectic sekali,penuh debaran dan adventure,dalam sehari tu kalo tak mengeluarkan kata2 berbaur perkauman,lucah,dan carutan konsisten, jitu dan mampan mungkin tak sempurna hidup dalam masa sehari tu..plus, jalan kat sini pun da same mcm jalan kat pedalaman sabah sarawak, lubang sane, lubang sini (buat jalan mcm muka sendiri), aku tak nak tunding jari kat sesiapa, tapi kat sini kalo bole jalan tu wajib ade u-turn,round-a-bout,dan lubang..mcm haremmm,kahkah


Ini lah yang terpaksa aku lalui untuk baki masa 1 1/2 tahun,tu pun kalo tak sangkut (mintak dijauhkan)..Yang buatkan aku bertahan kat sini adalah doa ibu ayah,kekasih hati (ainul), Lorenzo's (jack,ayol,bobo,azam,naim,dan shapiq) dan teman2 rapat ku (muaz,epy,mede,pok ku,amir,kamil)..kalo tak dengan dorongan kalian semua aku tak sekuat ini, tak setabah ini, tak segagah ini..

take everything,give nothing back!

Monday, November 30, 2009

Sambutlah kasih

Tak pernah ku menduga,
Gelora cinta selali dada,
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian,
Bagaimanakah nantinya,
Aku dapat merasakan,
Rasa cinta di hatiku,
Hanyalah untukmu kekasihku,

Mendung dalam sinar matammu,
Kenangan duka masa lalu,
Kepasrahan,

Tak ku hiraukan panas mentari lagi,
Demi cinta ku rela menanti,
Takkan goyang walau badai kan melanda,
Seribu tahun ku tetap setia,
Lupakanlah dukamu yang silam,
Hulur tangan sambut kasihku,
Mari bersama kita melangkah,
Membina cinta abadi.

Sunday, November 15, 2009

Melompat Keluar Dari Kepompong

Salam Nocturnal kepada sang pembaca..

Lame bebenor aku xupdate blog,da terase tempias2 amish kt dahi ni..tp xpe,nak dikatakan aku ni busy GILE sbenarnye sampai xsempat nk update blog..

Pada tarikh yg same aku update blog ni,result uitm akn kluar..so,aku rse mcm bangang lak aih kt umah ni,menglintin turun naik tangga,panjat meja makan,bakar telinga kt ats dapur (kids,don try this at home)..mcm2 lagi la bnde merepek aku da buat sorg2..paling best skali aku da bosan tahap chua soi lek,aku bley plak kire ikan bilis sekor2 sebanyak 1kilo yang baru dibeli kt giant..

sbelum aku undur diri,izinkan aku meNYANYIkan serangkap pantun..

pergi ke sungai nak basuh kuali,
tgh jln2 tersungkur dalam perigi,
smpai ni jela pertemuan kita pada kali ini,
kalo aku rajin aku update blog lagi..

buah mempelam kena BOM,
assalammualaikum.

Saturday, September 5, 2009

Zon bebas mencarut

pergh..harini aku bangun memang awal gile,nk dekat pkul 1P.M ku baru bangun..boleh dikatakan aku ni puasa sehari dalam 5-6jam je sejak 1 Ramadhan..kadang-kadang terasa macam rakyat kat negara-negara EU seperti Amsterdam,Turki,Greece dan etc lak..patut lah mase bulan puasa ni ramai orang yang berpangkat 'LORD' pergi ke luar negara coz waktu berpuasa pada negara yang dinyatakan di atas amat singkat, kalo kat London lagi best just 3jam je puasa..kiranya aku ni handal la,walaupun tidak berpangkat or ape2, aku masih boleh berpuasa seperti umat Islam yang berada di negara EU eventhough aku masih berpijak di bumi Malaysia..


- semalam aku sekeluarga berbuka puasa di Pan Pacific Hotel ditaja oleh Medan Prisma(company practical ku dulu). Sampai je di pekarangan hotel, aku bagi kunci kereta ku kat bell boy ni mintak tolong dia parking kan and bagi dia tips rm10,elok la bersedekah di bulan ramadhan. Dengan hati yang bernafsu untuk bergaduh dengan makanan aku pun teruskan perjalanan ke cafe...humangai!!..org macam semut,ramai gile..aku da semak da,mase tu aku rase kenyang tibe even belum masuk waktu berbuka lagi..Pabila azan berkumandang baru la aku pegi amik makanan,makan side dished dulu then baru makan main course..selasai makan puding roti(lagi sedap ainul buat), jala emas, kek kismis, cocktail kegemaran ayol aku rase nak melafazkan carutan yang berkualiti dan systematic..TAK SEDAPP!!..pegi lak kt table buffet tu aku amik nasi ayam kebuli *aku 1st time dengar name nasi ni Nasi Ayam Kebuli = Nasi Ayam Kena Buli..nasi ni kire adik kembar tak seiras dengan nasi minyak..tapi yang ku peliknya,lauk yang dihidang kurang bersesuaian dengan nasi..ada ke orang makan nasi minyak dengan lemak nangka,sayur campur,ikan percik,gulai rebung..APE KEJADAH NYE SUME NI,aku rase chef kat hotel tu da kena sampuk,tu la masak merapu je..As a counclusion, makanan kat Pan Pacific tak sedap coz chef berkelulusan tadika kemas kampung melayu tambahan...



- hari ni ku ingat nak pegi shopping baju raya secara lone ranger, tapi malangnya bila aku bagun je pagi tadi tengok dua-dua kereta tidak dapat dikesan di hadapan rumah..ada ura-ura mengatakan bahawa ibu ayah aku pergi kerja..aku da inform kt parents ku awal2 yang aku nak pakai kereta hari sabtu ni untuk pegi shooping,tak pela maybe dieorg lupa..esok hari masih ada.........(*sebenarnya da malas nak pegi beli..ingat nak pakai pagoda and kain batik lusuh je mase raya nti...JIMAT BELANJA..

- seperti kawan-kawan yang lain,aku di tagg kat notes oleh abul faiz@leo pablo,iaitu Hujah bersama Sindiket Abul Bersatu (SAHAB) menentang Si Quraisy yang jahil tentang agama sendiri..kami ahli2 skype membuat persidangan zon bebas mencarut..masing2 menunjukkan rasa tidak kepuasan hati terhadap statement yang tidak beradab si Quraisy, apekejadahnya...mempersendakan lafaz takbir, tiada adab sopan *oi,ade ke hujah or debat guna perkataan 'aku kau'?..setelah mentafsir secara rambang dan sarkastik aku menganggap SAHAB sedang berhujah dengan rakyat malaysia yang berkelulusan Sekolah Menengah Jenis Kebangasaan..cina or india ku pn xpasti..jahil sangat Si Quraisy ni sampaikan mencari maksud Al-Furqan pun kena search kt Wikipedia..umpama menegakkan benang yang basah..


Sekian sahaja utk post pada kali ini..Rasuah Didahulukan,Kroni Diutamakan..1 MAJANDAS!!..KAHAR!!

Thursday, September 3, 2009

Lebai Malang

Pertama sekali,selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak yang mulia dan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berdiri di atas muka bumi ini..

Lame gak la ku tak update blog ni,maklum la busy sgt..tapi malam ni terase macam nak menulis lak,da lame tak buat activity typing secara berirama bersama keyboard yg sering dihentak oleh tuan-nya..selamat hari jadi diucapkan kepada insan2 yang lahir pada bulan september ini,semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat oleh yang-Esa..


1. Pagi tadi ntah kenapa aku tak tido (maybe disebabkan sakit perot), aku tetibe receive call dari minah ni,mula2 ku tak dapat tangkap ape yang dia cakap last2 ku dengar ayat 'bila awak boleh datang interview?'..cakap bukan main laju,mcm f-1 lak aih..maklum la,pagi2 otak ku ni slow sikit untuk terima impuls dari deria2 yang ade..last2 baru ku ingat yg aku ade apply a position at that particular place,trus aku ckp 'saya anytime je,tak kesah'..pastu ade plak die tanya aku 'awak boleh bagun pagi tak?'..pedas sungguh soalan yang ditujukan itu..terus aku terdiam dan bercakap dengan nada hipokrit 'Ish,mesti la boleh'..slekeh sungguh..

2. Nak di jadikan cerita, tepat pukul 12.20 tengah hari tadi,aku dapat call dari shapiq,dia nak ajak pegi bank BSN kerana ingin membeli no.pin uitm khas untuk Jack..masa tu pulak aku belum mandi lagi,dengan pantas ku capai towel,masuk dalam toilet buat dry-cleaning je. Dengan keadaan yang tergopoh-gapah,aku mengunci pintu rumah dengan confidentnya, siap je kunci pintu baru aku teringat yang aku terlupa nak amik set of keys yang ketika itu berada di dalam rumah. So,lepas je sattle everything,shapiq hantar aku balik rumah..maka berkumandang lah suara2 sopan ku keluar dari anak tekak memanggil mahluk(adikku) yang ade kat dalam rumah tu kesudahannya aku kena bertungkus lumus untuk mencapai kunci menggunakan batang kayu sepanjang 6 kaki, berpeloh2 gak la ketiak mase tu..Anak tekak mase tu berdansa dengan rancaknya di dalam kerongkong ingin kan air,tetapi dengan iman yang teguh ku tahan dan berjaya menahan nafsu sehingga azan maghrib berkumandang..


Hujung minggu ni,insyallah maybe hari Ahad YB Gombak Setia(aku) akan seret YB Kajang ke Bazar Ramadhan di Stadium Kajang dan paksa mamat tu borong puding-puding yang ayol jual..