Saturday, September 5, 2009

Zon bebas mencarut

pergh..harini aku bangun memang awal gile,nk dekat pkul 1P.M ku baru bangun..boleh dikatakan aku ni puasa sehari dalam 5-6jam je sejak 1 Ramadhan..kadang-kadang terasa macam rakyat kat negara-negara EU seperti Amsterdam,Turki,Greece dan etc lak..patut lah mase bulan puasa ni ramai orang yang berpangkat 'LORD' pergi ke luar negara coz waktu berpuasa pada negara yang dinyatakan di atas amat singkat, kalo kat London lagi best just 3jam je puasa..kiranya aku ni handal la,walaupun tidak berpangkat or ape2, aku masih boleh berpuasa seperti umat Islam yang berada di negara EU eventhough aku masih berpijak di bumi Malaysia..


- semalam aku sekeluarga berbuka puasa di Pan Pacific Hotel ditaja oleh Medan Prisma(company practical ku dulu). Sampai je di pekarangan hotel, aku bagi kunci kereta ku kat bell boy ni mintak tolong dia parking kan and bagi dia tips rm10,elok la bersedekah di bulan ramadhan. Dengan hati yang bernafsu untuk bergaduh dengan makanan aku pun teruskan perjalanan ke cafe...humangai!!..org macam semut,ramai gile..aku da semak da,mase tu aku rase kenyang tibe even belum masuk waktu berbuka lagi..Pabila azan berkumandang baru la aku pegi amik makanan,makan side dished dulu then baru makan main course..selasai makan puding roti(lagi sedap ainul buat), jala emas, kek kismis, cocktail kegemaran ayol aku rase nak melafazkan carutan yang berkualiti dan systematic..TAK SEDAPP!!..pegi lak kt table buffet tu aku amik nasi ayam kebuli *aku 1st time dengar name nasi ni Nasi Ayam Kebuli = Nasi Ayam Kena Buli..nasi ni kire adik kembar tak seiras dengan nasi minyak..tapi yang ku peliknya,lauk yang dihidang kurang bersesuaian dengan nasi..ada ke orang makan nasi minyak dengan lemak nangka,sayur campur,ikan percik,gulai rebung..APE KEJADAH NYE SUME NI,aku rase chef kat hotel tu da kena sampuk,tu la masak merapu je..As a counclusion, makanan kat Pan Pacific tak sedap coz chef berkelulusan tadika kemas kampung melayu tambahan...



- hari ni ku ingat nak pegi shopping baju raya secara lone ranger, tapi malangnya bila aku bagun je pagi tadi tengok dua-dua kereta tidak dapat dikesan di hadapan rumah..ada ura-ura mengatakan bahawa ibu ayah aku pergi kerja..aku da inform kt parents ku awal2 yang aku nak pakai kereta hari sabtu ni untuk pegi shooping,tak pela maybe dieorg lupa..esok hari masih ada.........(*sebenarnya da malas nak pegi beli..ingat nak pakai pagoda and kain batik lusuh je mase raya nti...JIMAT BELANJA..

- seperti kawan-kawan yang lain,aku di tagg kat notes oleh abul faiz@leo pablo,iaitu Hujah bersama Sindiket Abul Bersatu (SAHAB) menentang Si Quraisy yang jahil tentang agama sendiri..kami ahli2 skype membuat persidangan zon bebas mencarut..masing2 menunjukkan rasa tidak kepuasan hati terhadap statement yang tidak beradab si Quraisy, apekejadahnya...mempersendakan lafaz takbir, tiada adab sopan *oi,ade ke hujah or debat guna perkataan 'aku kau'?..setelah mentafsir secara rambang dan sarkastik aku menganggap SAHAB sedang berhujah dengan rakyat malaysia yang berkelulusan Sekolah Menengah Jenis Kebangasaan..cina or india ku pn xpasti..jahil sangat Si Quraisy ni sampaikan mencari maksud Al-Furqan pun kena search kt Wikipedia..umpama menegakkan benang yang basah..


Sekian sahaja utk post pada kali ini..Rasuah Didahulukan,Kroni Diutamakan..1 MAJANDAS!!..KAHAR!!

Thursday, September 3, 2009

Lebai Malang

Pertama sekali,selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak yang mulia dan selamat berpuasa kepada semua umat islam yang berdiri di atas muka bumi ini..

Lame gak la ku tak update blog ni,maklum la busy sgt..tapi malam ni terase macam nak menulis lak,da lame tak buat activity typing secara berirama bersama keyboard yg sering dihentak oleh tuan-nya..selamat hari jadi diucapkan kepada insan2 yang lahir pada bulan september ini,semoga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat oleh yang-Esa..


1. Pagi tadi ntah kenapa aku tak tido (maybe disebabkan sakit perot), aku tetibe receive call dari minah ni,mula2 ku tak dapat tangkap ape yang dia cakap last2 ku dengar ayat 'bila awak boleh datang interview?'..cakap bukan main laju,mcm f-1 lak aih..maklum la,pagi2 otak ku ni slow sikit untuk terima impuls dari deria2 yang ade..last2 baru ku ingat yg aku ade apply a position at that particular place,trus aku ckp 'saya anytime je,tak kesah'..pastu ade plak die tanya aku 'awak boleh bagun pagi tak?'..pedas sungguh soalan yang ditujukan itu..terus aku terdiam dan bercakap dengan nada hipokrit 'Ish,mesti la boleh'..slekeh sungguh..

2. Nak di jadikan cerita, tepat pukul 12.20 tengah hari tadi,aku dapat call dari shapiq,dia nak ajak pegi bank BSN kerana ingin membeli no.pin uitm khas untuk Jack..masa tu pulak aku belum mandi lagi,dengan pantas ku capai towel,masuk dalam toilet buat dry-cleaning je. Dengan keadaan yang tergopoh-gapah,aku mengunci pintu rumah dengan confidentnya, siap je kunci pintu baru aku teringat yang aku terlupa nak amik set of keys yang ketika itu berada di dalam rumah. So,lepas je sattle everything,shapiq hantar aku balik rumah..maka berkumandang lah suara2 sopan ku keluar dari anak tekak memanggil mahluk(adikku) yang ade kat dalam rumah tu kesudahannya aku kena bertungkus lumus untuk mencapai kunci menggunakan batang kayu sepanjang 6 kaki, berpeloh2 gak la ketiak mase tu..Anak tekak mase tu berdansa dengan rancaknya di dalam kerongkong ingin kan air,tetapi dengan iman yang teguh ku tahan dan berjaya menahan nafsu sehingga azan maghrib berkumandang..


Hujung minggu ni,insyallah maybe hari Ahad YB Gombak Setia(aku) akan seret YB Kajang ke Bazar Ramadhan di Stadium Kajang dan paksa mamat tu borong puding-puding yang ayol jual..